Manchester United menolak dua bidaan untuk Aaron Wan-Bissaka daripada pasukan Inggeris.

Menurut David Ornstein dari The Athletic, United tidak berminat untuk membiarkan pemain pertahanan itu pergi dengan masa terlalu terhad untuk mencari pengganti yang sesuai.

United sebelum ini menyenaraikan Wan-Bissaka sebagai senarai untuk dijual. Dan cuba mencari pengganti pemain itu sebaik sahaja dia dijual.

Man United meletakkan harga £50 juta untuk Wan Bissaka kepada sesiapa yang berminat.

Oleh kerana tiada kelab yang membida pada awal jendela perpindahan, maka United telah memutuskan untuk tidak membeli pemain baharu di posisi tersebut.

Dengan jendela perpindahan semakin menuju ke hari terakhir, dua bidaan untuk Aaron Wan-Bissaka dianggap tidak relevan untuk mereka terima. Kerana mereka tak mampu mencari penggantinya dalam baki masa yang ada.

David Ornstein berkata: “Manchester United telah menerima pendekatan daripada Crystal Palace dan West Ham United mengenai kemungkinan mendapatkan Aaron Wan-Bissaka,”

“Kedua-dua bidaan itu dipercayai ditolak kerana kelab Old Trafford tidak bercadang untuk menjual atau meminjamkan bek kanan berusia 24 tahun itu sebelum tarikh akhir perpindahan Khamis ini.”

Aaaron Wan Bissaka

“Sekiranya Wan-Bisssaka perlu berlepas, pengganti diperlukan, untuk memastikan pengurus Erik ten Hag mempunyai dua pilihan dalam posisi itu.”

“Ada sedikit jangkaan perkara itu berlaku pada peringkat akhir ini.”

Ketika ini, Diogo Dalot merupakan pilihan utama Erik Ten Hag untuk posisi bek kanan.

Wan-Bissaka hanya beraksi sekali sahaja musim ini, muncul pada minit-minit akhir ketika United menang 2-1 menentang Liverpool.

Dia kini kelihatan bersedia untuk kekal bersama juara Inggeris 20 kali itu untuk sekurang-kurangnya satu musim lagi, sebagai peranan sandaran kepada Dalot pilihan.

Manchester United kini dalam proses untuk memeterai secara rasmi perjanjian Antony yang menelan kos sehingga EUR100 juta dibayar kepada Ajax. Dengan EUR95 juta dibayar tetap dan bakinya dibayar pada masa akan datang sebagai bonus.

Here We Go: Manchester United Beli Antony €100 Juta

Erik Ten Hag juga dikatakan masih berharap mereka akan dapat mendapatkan seorang lagi penyerang. Cody Gakpo antara nama yang mungkin boleh dibawa masuk pada hari terakhir perpindahan.

Baca juga artikel: 

RASMI: Casemiro Sertai Manchester United

De Gea Punca Manchester United Dibelasah Brentford

Manchester United Hampir Dapatkan Rabiot, Namun Berdepan Masalah Untuk Beli Arnautovic